Water World
Water World Ocean Park Hong Kong
Discover a world of amazing experiences!

Sensasi Krismas Ocean Park HOHOHO 2023 dipersembahkan oleh Kad Chill BOC

09.12.2023 - 01.01.2024

Raikan Krismas yang berkilauan dengan pengembaraan galaksi Le Petit Prince yang ke-80

Ocean Park dihiasi dengan lampu-lampu bersinar Krismas ini! Bersedialah untuk dikelilingi oleh pokok Krismas berkilauan dan hiasan berseri yang akan membawa anda ke mod perayaan musim sejuk! Sinar berseri dan cahaya berkilau Taman Glitz Krismas memberi anda tempat yang terbaik untuk swafoto anda dan rakan-rakan! Di Waterfront Plaza, jangan ketinggalan persembahan yang menakjubkan di Jingle All The Way. Santa Klaus dan para elfnya akan muncul untuk memberikan kurniaan perayaan!

Penaja Acara Krismas:
BOC Chill Card logo


Taman Glitz Krismas

Bersinar dengan terang tatkala anda menikmati suasana Krismas yang mesra dan romantik! Melangkah masuk ke Taman Glitz Krismas, dikelilingi dengan pokok Krismas yang bersinar, hiasan perayaan yang menakjubkan dan kilauan cahaya yang berkilauan akan membawakan mood musim sejuk kepada anda untuk saat-saat indah—terbaik untuk pasangan mengambil swafoto! Semua orang bersinar dengan senyuman paling cantik di tanah impian musim sejuk ini yang penuh bercahaya!


Jingle All The Way

Semasa musim perayaan ini, jangan ketinggalan siri persembahan yang menakjubkan! Jingle All The Way mempersembahkan program-program yang direka khas oleh pelbagai organisasi tempatan, termasuk koir yang menyanyikan lagu Krismas yang mesra, persembahan orkestra dan kugiran langsung, dan juga tarian menghiburkan yang akan membuat anda menari bersama. Menarilah dengan penuh gembira Krismas ini!

Lokasi: Waterfront Plaza
Tarikh: 16 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024
Masa: 11:00 pagi, 1:30 tengah hari, 3:00 petang dan 5:30 petang


Parti Terang Bersinar Krismas

Sertai Parti Terang Bersinar Krismas di Waterfront Plaza dan jiwailah perayaan ini yang meriah! Santa Klaus dan para elfnya yang mesra akan melakukan penampilan khas untuk memberikan kurniaan perayaan kepada semua orang dewasa dan kanak-kanak. Rebutlah peluang untuk bergaya dan mengambil gambar dengan mereka!

Lokasi: Waterfront Plaza
Tarikh: 16, 17 Disember 2023 dan 24 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024

    Pengembaraan Galaksi Ulang Tahun ke-80 Le Petit Prince

    Penerbitan kisah terkenal bahasa Perancis iaitu Le Petit Prince telah mencecah ulang tahun yang ke-80 tahun ini. Le Petit Prince telah berjaya pergi ke Ocean Park dengan mawar kesayangannya untuk meraikan Krismas yang berkilauan bersama anda. Mari mulakan pengembaraan bercahaya terang dan berbayang di Angkasa Berbintang Le Petit Prince! Teruskan berjalan bak mimpi di bawah kanopi cahaya yang bersinar dan lampu-lampu yang indah di seluruh Taman. Sertailah kami dalam Krismas yang bersinar dengan rakan-rakan dan ahli keluarga!


    Angkasa Berbintang Le Petit Prince

    Sepanjang perjalanan Le Petit Prince yang lalu, beliau telah melawat banyak planet menarik. Angkasa Berbintang Le Petit Prince membawa kita semula ke planet asalnya B612 untuk pengembaraan yang baharu! Lompat ke dalam pesawat dan masuk ke sebuah dunia yang bercahaya dan bebayang untuk melawat semula jejak langkah Le Petit Prince, dan cubalah sendiri sebuah kaleidoskop menakjubkan yang mengandungi warna yang sentiasa berubah dan bersinar.Jangan lupa untuk mengambil banyak foto dengan rakan-rakan juga! Penghujung perjalanan ini akan membawa anda ke satu lagi sisi dan melihat sebuah taman bunga mawar yang indah. Lihatlah bunga mawar unik yang tersembunyi dalam hati anda!

      Lorong Cahaya Le Petit Prince

      Le Petit Prince telah menerangi Waterfront Plaza dengan cahaya bintang ketika pengembaraannya di Ocean Park! Berjalan-jalanlah merentasi Lorong Cahaya Le Petit Prince untuk menyaksikan lampu berkelip-kelip di atas kepala anda. Cari Le Petit Prince yang berkarisma, musang dan bunga mawar yang disayanginya! Berjalan di bawah cahaya bintang untuk menikmati keindahan hadiah istimewa ini daripada Le Petit Prince yang hanya boleh anda lihat menggunakan hati anda.


      Jejaki Langkah Le Petit Prince

      Semasa pengembaraan Ocean Park anda, anda mungkin akan menjumpai jejak langkah Le Petit Prince di merata tempat! Pancaran cahaya Le Petit Prince di Aqua City Lagoon akan membawa anda mencari jejak langkahnya yang berbintang. Babak pengembaraannya merentasi bintang dan pertemuannya dengan musang kecil telah menjadi hiasan bersinar di Lakeside Chill. Duduk dengan Le Petit Prince di depan buku cerita di Applause Pavilion dan bayangkan pengembaraan antara bintang anda yang seterusnya. Sebuah taman dengan bunga mawar gergasi di Waterfront Plaza menghasilkan semula babak Le Petit Prince mencari bunga mawar yang tidak terkira jumlahnya, dan setiap satunya unik dan cantik dengan caranya yang tersendiri. Di puncak segalanya, Patung Le Petit Prince berdiri megah di The Summit memperakui pengembaraan luar biasanya di seluruh galaksi. Mari bergambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memperingati pencapaian berbintang yang penting ini!

        Siri Eksklusif Cenderamata "Pengembaraan Cakerawala Le Petit Prince"

        Mahu membawa segala ingatan yang indah balik ke rumah sebagai hadiah untuk meraikan Krismas dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda? Dalam kerjasama dengan Le Petit Prince, Ocean Park mempersembahkan siri cenderamata eksklusif "Pengembaraan Cakerawala" yang pasti akan mempesonakan peminat daripada setiap generasi! Dengan rekaan yang memaparkan Le Petit Prince dalam pakaian berjalur biru dan putih yang baharu dan unik, dia dan si musang membuat penampilan pertama mereka dengan bergaya di Ocean Park! Item-item yang amat disyorkan termasuk beg beli-belah, bantal bahu Le Petit Prince dan Si Musang yang wajib milik, set lencana jahitan (3 helai), folder A4 dan kole seramik yang bersinar dalam gelap. Tambahan juga, satu set "Syiling Tekan Peringatan Le Petit Prince" akan dilancarkan secara eksklusif di Ocean Park! Pilih kegemaran anda di kalangan empat rekaan unik di luar Kedai Hadiah Waterfront! Mari nikmati keseronokan tekanan syiling dan dapatkan sebuah cenderamata yang sukar dilupakan untuk meraikan ulang tahun ke-80 pengembara angkasa muda yang ikonik ini!

        Lokasi: Waterfront Gifts dan The Lodge
        Tarikh: Dari awal bulan Disember, sehingga stok habis

          Hadiah Permainan Krismas

          Sementara menikmati pengembaraan cakerawala anda, berehatlah sebentar untuk menyerlahkan bakat anda! Pilihan luas mainan patung Krismas seperti Sloth dengan Topi Santa, Gingerbread Man dengan Kayu Gula-Gula, Pokok Krismas Rusa dan Orang Salji comel sedang menunggu anda di pelbagai gerai permainan! Hadapi cabaran dan bawalah mereka pulang semasa musim percutian yang meriah ini! Hadiah adalah terhad dan hanya tersedia sementara stok masih ada!

          Lokasi: Gerai permainan di The Waterfront dan The Summit
          Tarikh: Mulai awal Disember, sehingga stok habis

            Perjalanan Gastronomi eksklusif "Ulang Tahunke - 80 Le Petit Prince"

            Sebuah pengembaraan yang sempurna tidak akan lengkap tanpa makanan yang lazat! Ocean Park mempersembahkan pelbagai makanan yang lazat sempena ulang tahun ke-80 Le Petit Prince. Mari makan dan mengembara dengan gembira!
             

            Hidangan Manisan Le Petit Prince x Ocean Park - Aqua City Bakery

            "Hidangan Manisan Cahaya Bulan Ocean Park" tiga tingkat ini membuat penampilan pertamanya di Aqua City Bakery! Dengan ciri-cirinya yang nyata, setiap tingkat membawakan rasa yang berbeza untuk dinikmati! Le Petit Prince dan Si Musang menaiki kereta kabel Ocean Park dan menikmati set manisan ekskuisit dengan anda termasuk Makaron, Mousse Coklat dengan Raspberi, Mille Feuille Mangga, Buah-Buahan Mini dalam Cawan Coklat, Crème Brûlée, Skon Raisin (dengan Jem dan Mentega)! Dengan hidangan yang begitu menarik, jangan ketinggalan sebagai penggemar makanan dan foto! Terdapat juga pelbagai manisan yang menarik dan menyelerakan untuk memanjakan diri anda seperti "Le Petit Prince dan B-612" yang diperbuat dengan nanas dengan Mousse Kelapa dengan Biskut Mentega Corak Ros, "Ros Sejuk" yang terdiri daripada cawan wafel aiskrim strawberi dan Donat "Ros dan Le Petit Prince" di Aqua City Bakery!

            “Hidangan Manisan Cahaya Bulan Ocean Park”
            “Hidangan Manisan Cahaya Bulan Ocean Park”
            “Ros Sejuk”
            “Ros Sejuk”
            “Ros dan Le Petit Prince”
            “Ros dan Le Petit Prince”
            “Le Petit Prince dan B-612”
            “Le Petit Prince dan B-612”

              Perjalanan Le Petit Prince ke Dunia Berbintang - Tuxedos Restaurant

              Pada musim sejuk ini, Le Petit Prince menanti anda untuk melawat penguin-penguin comel kami bersama-sama! Hidangan "Perjalanan Le Petit Prince ke Dunia Berbintang" telah dilancarkan di Tuxedos Restaurant. Duduk di sebelah tingkap lantai ke siling dan menyaksikan penguin bermain-main sementara menikmati hidangan yang lazat termasuk Ham Iberico dan Buah Emas, Quiche Lorraine Mini, Cendawan Liar dengan Sos Krim dalam Kerang Tat, Kek Ketam Omni dengan Wasabi, Skalop Bakar dan Kroket Kentang Keju & Bacon adalah definisi masa yang santai dan relaks!

              “Perjalanan Le Petit Prince ke Dunia Berbintang”
              “Perjalanan Le Petit Prince ke Dunia Berbintang”

                Perjalanan Cakerawala Le Petit Prince - Ginger Grill

                Untuk menikmati makanan Thai tradisional yang lain selepas pengembaraan, hidangan "Pengembaraan Cakerawala Le Petit Prince" di Ginger Grill adalah pilihan terbaik anda! Hidangan yang serba lazat ini menampilkan Kek Ketam Omni dengan Wasabi, Quiche Lorraine Mini, Sate Lemak Babi, Salad Limau Bali dengan Ayam Cincang Bakar; Bebola Mochi Kelapa Muda dan Nasi Lekat Mangga dalam Kerang Tat sememangnya merupakan manisan yang wajib dicuba!

                "Pengembaraan Cakerawala Le Petit Prince"
                "Pengembaraan Cakerawala Le Petit Prince"

                  Minuman Botol Istimewa Ulang Tahun ke-80 Le Petit Prince - Tuxedos Restaurant, Ginger Grill, dan Aqua City Bakery

                  Minuman yang amat disyorkan ialah "Minuman Botol Istimewa Ulang Tahun ke-80 Le Petit Prince" yang diadun secara istimewa, rasa segar dengan warna biru mimpi ialah padanan terbaik untuk setiap Hidangan Le Petit Prince!

                  “Minuman Botol Istimewa Ulang Tahun ke-80 Le Petit Prince”
                  “Minuman Botol Istimewa Ulang Tahun ke-80 Le Petit Prince”

                    Gabungan Snek Le Petit Prince dan Minuman Khas Krismas

                    Pelbagai gabungan snek tersedia di Clown Corner, termasuk gabungan snek rangup "Le Petit Prince Hanyut di Ocean Park" dengan "Minuman Istimewa Pengembaraan ke Cakerawala Le Petit Prince" dan gabungan ombinasi "Pengembaraan Le Petit Prince ke Ocean Park" dengan "Minuman Istimewa Pengembaraan ke Cakerawala Le Petit Prince", yang membolehkan anda memanjakan deria rasa anda pada bila-bila dan di mana jua ketika pengembaraan anda yang menakjubkan!

                    Tersedia mulai 9 Disember 2023 ke 19 Mei 2024

                    “Pengembaraan Le Petit Prince ke Ocean Park”
                    “Pengembaraan Le Petit Prince ke Ocean Park”
                    “Le Petit Prince Hanyut di Ocean Park”
                    “Le Petit Prince Hanyut di Ocean Park”
                    “Minuman Istimewa Pengembaraan ke Cakerawala Le Petit Prince”
                    “Minuman Istimewa Pengembaraan ke Cakerawala Le Petit Prince”

                      Selain itu, terdapat beberapa hidangan perayaan yang bermasa terhad dan minuman istimewa untuk anda nikmati! Juadah itu ialah "Strawberi dengan Coklat Putih dan Kek Log Yule Buah Berangan" di Aqua City Bakery, "Matcha dengan Coklat Putih dan Kek Log Yule Buah Berangan", "Hidangan Selamat Hari Krismas", dan "Coklat Panas dengan Kayu Marshmallow Gula-Gula" di Kiosk Makanan yang disediakan. Dua minuman istimewa perayaan - Moktel "Christmas Delights" dan Koktel "Bubble Christmas", di restoran kami yang tersedia sememangnya anda tidak boleh ketinggalan! Biar tarikan kami yang menarik meninggalkan memori perayaan yang indah kepada anda!

                      Tersedia dari 9 Disember 2023 ke 1 Januari 2024

                      Strawberi dengan Coklat Putih dan Kek Log Yule Buah Berangan
                      Strawberi dengan Coklat Putih dan Kek Log Yule Buah Berangan
                      Matcha dengan Coklat Putih dan Kek Log Yule Buah Berangan
                      Matcha dengan Coklat Putih dan Kek Log Yule Buah Berangan
                      Hidangan Selamat Hari Krismas
                      Hidangan Selamat Hari Krismas
                      Coklat Panas dengan Kayu Marshmallow Gula-Gula
                      Coklat Panas dengan Kayu Marshmallow Gula-Gula
                      Moktel “Christmas Delights”
                      Moktel “Christmas Delights”
                      Koktel “Bubble Christmas”
                      Koktel “Bubble Christmas”

                        Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas" - Club Panda

                        Nikmati musim yang gembira ini dengan menikmati hidangan perayaan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan! Ayuh nikmati Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas" yang lazat di Club Panda! Nikmati pelbagai hidangan istimewa yang lazat, termasuk Kaki Ketam Salji Kanada dan Ketam Perang Inggeris dalam Ais, Ham Iberico dengan Buah, Udang Galah Australia Bakar dengan Cendawan Liar dan Trufel Hitam dalam Pelitup Pastri Pap, Ayam Bakar dengan Limau dan Herba Campur dan Rusuk Babi Amerika Bakar dengan Sos BBQ! Troli ukiran juga menawarkan pelbagai Sirloin Lembu Amerika Bakar tanpa had dan Kaki Kambing Bakar. Jangan ketinggalan pelbagai manisan perayaan terhad seperti Kek Log Krismas, Kek Keju Yuzu, Gingerbread, Panna Cotta Laici dan Pap Buah Berangan, bersama dengan Gula-Gula Kapas DIY popular dan stesen Lempeng Buah-Buahan Segar! Setiap tetamu juga boleh menikmati hidangan percuma "Abalon Bakar dengan Maw Ikan dan Cendawan". Jadikan kemuncak perjalanan percutian anda di Ocean Park sesuatu memori yang penuh kelazatan yang sukar dilupakan!

                        Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas"
                        Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas"
                        Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas"
                        Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas"
                        Ham Iberico dengan Buah
                        Ham Iberico dengan Buah
                        Abalon Bakar dengan Maw Ikan dan Cendawan
                        Abalon Bakar dengan Maw Ikan dan Cendawan
                        Kek Log Krismas
                        Kek Log Krismas
                        Kek Keju Yuzu
                        Kek Keju Yuzu
                        Panna Cotta Laici
                        Panna Cotta Laici

                          Tarikh-tarikh tersedia: 23-26, 30-31 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
                          Masa tersedia: 6:00 petang ke 9:30 malam
                          Harga (seorang): Dewasa dan Warga Emas: HK$688; Kanak-kanak (berusia 3-11 tahun): HK$340

                          Terma dan Syarat
                          • Semua harga termasuk caj perkhidmatan 10%.
                          • Sebuah deposit tidak boleh dipulangkan adalah diperlukan dan jumlah ini akan dikira berasaskan bilangan pengunjung.
                          • Deposit sebanyak HK$200 (seorang) diperlukan ketika pendaftaran. Deposit ini akan ditolak sepenuhnya daripada bil (sesalinan e-mel pengesahan deposit diperlukan untuk penolakan deposit).
                          • Deposit ini akan lupus sekiranya kehadiran sebenar berbeza lebih daripada seorang berbanding dengan bilangan pengunjung yang dinyatakan dalam tempahan awal.
                          • Pengunjung buffet makan malam boleh menikmati kemasukan percuma mulai 5:00 petang.
                          • Tawaran parkir hanya tersedia bagi tetamu yang menikmati Bufet Makan Malam "Sparkling Christmas" dan satu kupon parkir percuma 4 jam untuk setiap tempahan meja akan disediakan. Setiap kupon hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan (Untuk mendapatkan lanjut, sila rujuk Terma dan Syarat).
                          • Sila layari laman web Ocean Park di www.oceanpark.com.hk atau hubungi (852) 3923 2323 untuk maklumat lanjut tentang operasi Taman.

                          Exclusive Discount For Ocean Park Annual Members*
                          Make a reservation with a deposit payment of HK$200 (per person) via the online reservation to enjoy 15% off!

                          *The offer cannot be used in conjunction with other promotional offers.
                           

                          Pertanyaan: (852) 3923 2161 / 3923 2323


                          All Day Delight Ticket

                          Jenis tiket

                          Harga

                          Dewasa

                          HK$388
                          (Kemasukan Umum: HK$498)

                          Kanak-kanak (3 hingga 11 tahun)

                          HK$233
                          (Kemasukan Umum: HK$249)

                          Terma dan syarat dikenakan.


                          Special thanks to BOC Credit Card (International) Limited, the event sponsor and Medialink, the licensing agent for Le Petit Prince.

                          Semua
                          Semua
                          Semua
                          Semua